WhatsApp bakal benarkan pengguna berhubung tanpa kongsi nombor telefon

Iklan
WhatsApp bakal menggunakan ciri sama seperti Telegram. - FOTO: Agensi

PARIS - Pengguna WhatsApp tidak lagi perlu berkongsi nombor telefon untuk berhubung menerusi kemas kini baharu akan datang, menurut syarikat milik Meta itu pada Isnin.

Menurutnya, pengguna boleh memilih nama pengguna unik untuk dikongsi dengan orang lain di bawah langkah yang bertujuan melindungi privasi nombor telefon.

Iklan
Iklan

Sekatan akses itu bermakna nombor tidak lagi akan dikongsi secara automatik apabila seseorang ditambah ke dalam kumpulan sembang atau ketika berhubung dengan individu atau urusan perniagaan buat kali pertama.

Bagi memudahkan pengguna, pencipta kandungan, perniagaan kecil dan organisasi turut dibenarkan menggunakan nama pengguna WhatsApp yang sama seperti digunakan di platform Meta lain seperti Facebook atau Instagram.

Iklan

Jelasnya lagi, ciri tempahan nama pengguna itu akan dilancarkan secara berperingkat di seluruh dunia dalam beberapa bulan lagi dan individu akan dimaklumkan apabila ia tersedia di negara masing-masing.

Terdapat kira-kira tiga bilion pengguna aplikasi pemesejan popular itu di seluruh dunia. - Agensi

Iklan