Hujan lebat, ribut petir di KL, Putrajaya dan 11 negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kuala Lumpur, Putrajaya serta 11 negeri petang ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kuala Lumpur, Putrajaya serta 11 negeri petang ini, yang dijangka berterusan hingga 7 malam.

MetMalaysia memaklumkan amaran itu melibatkan Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Pulau Pinang (Seberang Perai Selatan).

Iklan
Iklan

Cuaca buruk itu turut diramalkan di Perak (Kerian), Pahang (Raub, Bentong, Bera dan Rompin), Selangor (Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), seluruh Negeri Sembilan, Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Mersing).

Di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Subis) dan Limbang.

Iklan
Iklan

Di Sabah, amaran itu melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) serta Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan). - Bernama