Pengajaran kejatuhan Keir Starmer untuk Pakatan Harapan
Iklan
Pakatan Harapan perlu memastikan kejayaan-kejayaan dasar diterjemahkan kepada bahasa yang mudah difahami oleh rakyat. Gambar hiasan
DALAM politik, kemenangan besar sering mencipta satu ilusi berbahaya. Ilusi bahawa mandat yang besar akan menjamin kelangsungan kuasa untuk tempoh panjang.
Hakikatnya, sejarah politik dunia menunjukkan perkara sebaliknya. Mandat besar boleh hilang dengan cepat apabila sesebuah kerajaan gagal mengurus harapan rakyat yang semakin tinggi.