Kesihatan mental agenda kempen pilihan raya
Iklan
Isu kesihatan mental jarang-jarang dijadikan modal kempen pilihan raya. Imej janaan AI
KHABARNYA, sekitar setengah juta orang menganggur di negara kita. Tidaklah pasti, ia jumlah yang sebenar atau sekadar anggaran. Tidak juga pasti anak-anak muda kita yang kini terpaksa memandu motornya laju menghantar barang atau makanan kerana tidak mendapat kerja lain, juga dianggap tidak menganggur.
Ada juga berita yang lain. Ia mungkin tidak ada kena-mengena dengan berita pengangguran. Khabarnya majoriti yang membunuh diri di Malaysia ialah belia lelaki. Walaupun kaum wanita sepertinya lebih emosi, tetapi banyak yang tertekan hidupnya ialah orang lelaki. Tidak siapa yang ambil tahu sebabnya.