Remaja 13 tahun diperkosa 30 lelaki dalam tempoh lima hari

Iklan
Insiden serangan seksual terbaharu itu telah mencetuskan gelombang kemarahan di Sri Ganganagar. Foto: Agensi

JAIPUR - Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun berdepan detik hitam selepas dia diperkosa 30 lelaki dalam tempoh lebih lima hari.

Kejadian itu berlaku di beberapa buah hotel di Sri Ganganagar, Rajasthan di India.

Iklan
Iklan

Menurut pihak berkuasa, gadis itu pada mulanya dilaporkan hilang sebelum diselamatkan selepas dia 'dijual' kepada pemilik hotel oleh seorang penarik beca.

"Beberapa pengusaha hotel lain juga didakwa terlibat dengan kejadian eksploitasi seksual ke atas mangsa bawah umur tersebut," jelas laporan itu lagi.

Iklan

Beberapa pemilik dan pengurus hotel telah ditahan untuk membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati remaja tersebut dipaksa mengambil minuman alkohol setiap kali dia mengalami kesakitan akibat hubungan intim secara paksa.

Iklan

Pembongkaran kegiatan tidak bermoral itu telah mencetuskan gelombang kemarahan dan siri protes dilancarkan parti pembangkang utama, Parti Kongres di seluruh daerah tersebut.

Terdapat lebih daripada 150 hotel haram yang beroperasi di Sri Ganganagar walaupun ia bukan destinasi pelancongan yang popular. - Agensi