Tempat terakhir kita semua
Iklan
Amaran bahawa ruang kubur akan penuh dalam tempoh lima tahun bukan lagi statistik kosong. Imej janaan AI
ORANG hidup jarang berfikir tentang mati. Sebab itulah negara tersentak apabila pengebumian seorang remaja 14 tahun di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana tertangguh lebih sejam 20 minit gara-gara permit, sedangkan jenazah sudah sedia di liang lahad.
Hari ini netizen mengamuk, esok pihak berkuasa menjawab, lusa muncul versi baharu. Siapa benar dan siapa salah, biarlah masa menentukan.