MetMalaysia: Amaran ribut petir dikeluarkan di sembilan negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga 1 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Perak (Batang Padang dan Mualim), Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman), Pahang (Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) dan Selangor (Hulu Selangor).

Iklan
Iklan

Keadaan sama turut diramalkan di Negeri Sembilan melibatkan kawasan Jempol dan Tampin manakala di Melaka cuaca itu dijangka melanda Melaka Tengah dan Jasin.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi negeri Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Pontian) dan Sarawak melibatkan Sibu, Kapit, Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Iklan

Bagi Sabah, kawasan dijangka terjejas ialah Pedalaman (Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Beluran dan Sandakan).

 

Iklan