'Kita buta warna kulit' - Onn Hafiz jawab dakwaan pemimpin rasis
Iklan
Onn Hafiz (depan, tengah) bersama calon BN Dun Johor Jaya, Chan San San (empat dari kiri) pada Program Perjumpaan MB Johor bersama Komuniti Dun Johor Jaya di Plentong, Johor Bahru pada Isnin
JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan beliau bukan seorang pemimpin yang bersifat rasis, sebaliknya komited menjadi pemimpin kepada seluruh rakyat Johor tanpa mengira kaum dan latar belakang.
Beliau berkata, dakwaan yang melabelkan dirinya sebagai pemimpin rasis merupakan tohmahan pihak tertentu yang ketandusan modal untuk berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.
Iklan
Iklan
Katanya terdapat individu yang didakwa sebelum ini tidak pernah kelihatan di Johor, namun kini datang bagi menghasut masyarakat Tionghua dengan menyebarkan pelbagai fitnah terhadap dirinya.
"Dalam kita hendak bangunkan negeri ini, ada sahaja suara individu yang dahulunya tidak pernah kelihatan di negeri ini tetapi datang cuba menghasut masyarakat Tionghua.
Iklan
"Macam-macam saya difitnah, kata saya pemimpin rasis tetapi sebenarnya mereka tiada modal. Tetapi di sini saya mahu tegaskan BN bukan parti rasis sebaliknya kita buta warna kulit.
"Saya bukan pemimpin rasis, saya pemimpin untuk semua. Jadi mesej saya untuk masyarakat Tionghua di negeri ini, saya sedia bekerjasama dengan anda untuk majukan Johor," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Perjumpaan MB Johor Bersama Komuniti DUN Johor Jaya, di Plentong di sini pada Isnin. 
Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, masyarakat Cina di negeri ini perlu menyedari bahawa kerajaan negeri pimpinan Onn Hafiz telah berjaya mencapai pelbagai kejayaan buat Johor.
"Banyak kejayaan yang kerajaan negeri sedia ada telah capai, sama ada melalui pembangunan atau ekonomi. Antaranya termasuklah kemasukan pelaburan luar berjumlah RM110 bilion pada tahun lalu," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>