England terselamat daripada 'sumpahan' patung hidup Congo
Iklan
Mboladinga berdiri dan tidak bergerak sepanjang 90 minit semasa perlawanan peringkat kumpulan membabitkan Congo dan Colombia di Guadalajara, Mexico pada 24 Jun lalu. Foto: Agensi
ENGLAND dianggap memperoleh kelebihan menjelang pusingan kalah mati Piala Dunia Khamis ini, selepas seorang penyokong terkenal Republik Demokratik Congo yang digelar patung hidup tidak dibenarkan memasuki Amerika Syarikat (AS) atas isu visa.
Michel Kuka Mboladinga yang dianggap sebagai figura mistik dalam kalangan penyokong Congo, mendakwa mampu menyuntik ketahanan emosi kepada pemain pasukan itu dan sering dilihat sebagai simbol tuah.
Iklan
Iklan
Beliau mencuri tumpuan apabila berdiri tidak bergerak sepanjang 90 minit perlawanan dengan sebelah tangan diangkat, menyerupai patung memperingati bekas Presiden Congo, Patrice Lumumba.
Aksinya pernah menjadi tular selepas rakaman menunjukkan penyokong menari di sekelilingnya ketika kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).
Iklan
Difahamkan, pemain Congo sebelum ini pernah memohon kepada Presiden Félix Tshisekedi supaya membenarkan Mboladinga bersama pasukan bagi perlawanan kumpulan di Mexico pada 23 Jun.
Bagaimanapun, beliau tidak dibenarkan memasuki AS selepas permohonan visa ditolak atas faktor prosedur serta kebimbangan keselamatan dan kesihatan awam, sekali gus menyebabkannya terlepas pertembungan besar menentang England.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>