Ejen perumahan cederakan, ugut bekas kekasih ditahan

Iklan
Suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah terhadap mangsa. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki mencederakan serta mengugut bekas kekasihnya mengundang padah apabila dia diberkas polis sehari selepas kejadian di ruang menunggu bas MRT Maluri, Cheras di sini.

Suspek yang bekerja sebagai ejen perumahan berusia pertengahan 20-an itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah terhadap mangsa.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Rosdi Daud berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku pada 21 Jun lalu.

"Susulan laporan itu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras berjaya menahan suspek pada jam 6.54 petang, 22 Jun lalu di perkarangan IPD Cheras.

Iklan

"Suspek telah direman selama sehari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis selepas proses siasatan selesai dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Iklan