Budak 12 tahun maut dibaham buaya

Iklan
Lokasi kejadian mangsa dilihat ditarik oleh buaya sebelum ditemukan maut dalam kejadian di sungai Dent Heaven Kampung Tagupi, Lahad Datu.

LAHAD DATU - Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dibaham buaya dalam kejadian di sungai Dent Heaven Kampung Tagupi, di sini pada Isnin.

Mayat kanak-kanak berusia 12 tahun itu ditemukan oleh ahli keluarga dan penduduk kampung sekitar jam 2 petang.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau berkata, hasil siasatan lanjut mendapati mangsa dilihat ditarik oleh haiwan tersebut ke dalam sungai.

"Mangsa kemudian ditemukan semula sekitar jam 2 petang dalam keadaan tidak bernyawa oleh ahli keluarga dan orang awam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan
Kesan gigitan buaya pada tubuh kanak-kanak lelaki yang ditemukan maut dalam kejadian di sungai Dent Heaven Kampung Tagupi, Lahad Datu.

Katanya lagi, hasil pemeriksaan lanjut pada tubuh mangsa terdapat beberapa kesan gigitan buaya tersebut.

"Pemeriksaan lanjut pada tubuh mangsa terdapat kesan kecederaan di bahagian belakang dan kaki akibat gigitan buaya.

Iklan

"Sehubungan itu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.