PRN Johor: Undi wajib kepada PN - Pemuda Pas
Iklan
Khairul Nadzir Helmi Azhar
SHAH ALAM - Pas kekal konsisten dalam memastikan semua ahli dan penyokong memberikan undi wajib kepada calon Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.
Ketua Penerangan Pemuda Pas Malaysia, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, pendirian tersebut merupakan kewajipan utama setiap ahli bagi memastikan kemenangan semua calon PN tanpa mengira parti komponen yang diwakili.
Iklan
Iklan
Mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung kesediaan memberi undi kepada calon Barisan Nasional (BN) di kawasan yang tidak ditandingi PN, beliau menjelaskan perkara itu perlu difahami dalam konteks strategi politik yang lebih besar.
Menurutnya, matlamat utama strategi berkenaan adalah untuk menyekat dominasi Pakatan Harapan (PH), khususnya pengaruh DAP sebagai parti terbesar dalam gabungan itu, demi menjaga kepentingan rakyat dan masa depan Johor.
Iklan
Jelasnya, Pemuda Pas berpandangan bahawa strategi memecahkan penguasaan PH merupakan satu keperluan yang mesti difahami oleh semua pihak.
"Sebarang pertimbangan mengundi calon selain PN di kerusi tertentu hendaklah dilihat sebagai strategi politik yang bertujuan menghalang kemaraan PH.
Iklan
"Strategi tersebut bukan dasar umum dan boleh berubah mengikut keperluan serta perkembangan semasa," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Khairul Nadzir turut menambah bahawa keutamaan Pas tetap konsisten, iaitu memperkukuhkan penguasaan politik Melayu-Islam, memastikan kemenangan PN sebanyak mungkin, serta menghalang PH dan DAP daripada menguasai Johor.
Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh ahli dan penyokong Pas supaya tidak terpengaruh dengan naratif yang cuba mengelirukan masyarakat.
"Kekalkan disiplin perjuangan, patuhi arahan parti, dan utamakan kemenangan PN sebagai agenda utama dalam PRN Johor.
"Undi wajib kepada PN. Strategi politik di kerusi lain bertujuan mengekang kemaraan PH. Keutamaan kita tetap sama iaitu mempertahankan kepentingan Islam, Melayu dan masa depan Johor," tambahnya.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.