Always Robots bawa teknologi robotik AI ke sektor industri

Iklan
Always Robots menyasarkan sektor peruncitan, pendidikan, perkhidmatan komersial serta industri acara dan hiburan bagi memperluaskan penggunaan teknologi robotik di negara ini.

KUALA LUMPUR – Always Robots Sdn Bhd secara rasmi memulakan operasinya di Malaysia dengan membawa teknologi robotik berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi menyokong transformasi sektor industri dan komersial menerusi penyelesaian automasi pintar.

Syarikat itu ditubuhkan menerusi kerjasama strategik antara Always Marketing Shanghai, SparkRobot dan AGIBOT, sekali gus menjadi Leasing Alliance bagi robot humanoid dan robot berkaki empat (quadruped) keluaran AGIBOT di Malaysia.

Iklan
Iklan

Menerusi slogan"Intelligence for Everyday Life", syarikat itu menyasarkan untuk menjadikan teknologi robotik lebih mudah diakses, praktikal serta mampu membawa perubahan kepada operasi perniagaan di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Always Robots, Patrick Goh berkata, pelancaran syarikat itu bukan sekadar memperkenalkan teknologi robotik, malah membangunkan ekosistem automasi yang lengkap bagi membantu perniagaan meningkatkan produktiviti dan inovasi.

Iklan

Beliau berkata, pelancaran ini merupakan satu pencapaian penting bukan sahaja kepada rakan strategik kami, malah kepada landskap teknologi Malaysia.

Turut diperkenalkan syarikat itu adalah portfolio robot AGIBOT yang merangkumi Robot Humanoid Siri X dan Siri A serta Robot Berkaki Empat Siri D.

Iklan

"Dengan menggabungkan kekuatan Always Marketing, SparkRobot dan AGIBOT, kami mewujudkan ekosistem robotik yang lengkap dari hujung ke hujung.

"Kami bukan sekadar menjual robot, sebaliknya menawarkan penyelesaian automasi menyeluruh yang mampu membantu perniagaan meningkatkan produktiviti, memacu inovasi serta meningkatkan keupayaan manusia dalam pelbagai sektor," katanya pada majlis pelancaran Always Robots di KL Gateway Bangsar, di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, syarikat itu turut memperkenalkan portfolio robot AGIBOT yang merangkumi Robot Humanoid Siri X dan Siri A serta Robot Berkaki Empat Siri D.

Katanya, robot pelbagai guna itu dilengkapi teknologi AI yang membolehkannya mempelajari dan melaksanakan tugasan kompleks selain mempunyai keupayaan pergerakan serta komunikasi suara yang canggih.

Beliau berkata, Always Robots menyasarkan sektor peruncitan, pendidikan, perkhidmatan komersial serta industri acara dan hiburan bagi memperluaskan penggunaan teknologi robotik di negara ini.

Tambahnya, syarikat itu turut memperkenalkan model perniagaan hibrid yang menggabungkan jualan terus kepada pengguna dengan rangkaian pengedaran perniagaan ke perniagaan (B2B), selain menawarkan skim pajakan fleksibel, sewa untuk dimiliki serta sistem perkhidmatan dan penyelenggaraan selepas jualan yang menyeluruh.

Turut diperkenalkan syarikat itu adalah portfolio robot AGIBOT yang merangkumi Robot Humanoid Siri X dan Siri A serta Robot Berkaki Empat Siri D.

"Pasaran robotik di Malaysia berkembang pesat dan permintaan terhadap penyelesaian automasi pintar semakin meningkat.

"Dengan operasi bilik pameran utama kami yang bakal bermula di Kuala Lumpur, kami mahu membawa teknologi ini lebih dekat kepada pasaran.

"Matlamat jangka panjang kami adalah memperluaskan penggunaan robotik di Malaysia serta membangunkan ekosistem robotik pintar yang mampu meletakkan negara sebagai peneraju penerimaan AI di Asia Tenggara," katanya.

Majlis pelancaran itu turut menampilkan demonstrasi secara langsung barisan robot AGIBOT yang mempamerkan keupayaan interaksi AI, pergerakan robot serta aplikasi dalam pelbagai situasi sebenar.

Dalam pada itu, SparkRobot yang merupakan pemegang saham utama syarikat berkenaan turut memperkenalkan peluang kerjasama perniagaan dan pelaburan kepada pengedar, wakil jualan serta rakan strategik bagi memperluaskan ekosistem Always Robots di Malaysia.

Always Robots menyasarkan untuk mencapai keuntungan menjelang tahun ketiga operasinya dengan visi muncul sebagai penyedia penyelesaian robotik pintar terkemuka di Malaysia serta rantau Asia Tenggara.