Pas Rompin lulus usul bertanding DUN Muadzam Shah pada PRU16

Iklan
Mesyuarat Agung Tahunan Pas kawasan Rompin membentangkan dan melulus usul menggesa agar pasti itu bertanding di kerusi DUN Muadzam Shah pada PRU16.

KUANTAN - Pas Kawasan Rompin meluluskan usul agar parti itu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Muadzam Shah pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Setiausaha Dewan Pemuda Pas Kawasan Rompin, Khairul Izwan Ghazali berkata, usul tersebut dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan parti berkenaan pada Ahad.

Iklan
Iklan

“Usul ini menerima sokongan daripada Dewan Muslimat Pas Kawasan Rompin dan Pas Cawangan Keratong 10 sebelum dibahaskan serta dipersetujui sebulat suara oleh seluruh perwakilan yang hadir dalam mesyuarat tersebut.

“Ia juga dilihat sebagai manifestasi jelas bahawa akar umbi Pas di Rompin mahukan peranan lebih besar dimainkan oleh parti itu dalam menentukan masa depan politik kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Iklan

Beliau berkata, usul itu dikemukakan dengan mengambil kira perkembangan politik semasa, selain kekuatan jentera parti di peringkat akar umbi yang menunjukkan Pas kini bersedia memikul amanah lebih besar di kerusi berkenaan.

Jelasnya, gerak kerja yang dilaksanakan secara konsisten di kawasan Muadzam Shah membuktikan Pas mempunyai asas sokongan yang semakin berkembang selain memiliki jentera tersusun bagi menghadapi PRU16.

Iklan

“Perkembangan ini memberi isyarat bahawa Pas di Rompin semakin yakin dengan kekuatan sendiri dan bersedia menawarkan kepimpinan baharu bagi membawa agenda perjuangan parti secara lebih langsung dalam menghadapi cabaran politik akan datang,” ujarnya.