Lebih 2,600 warga ATM, keluarga sertai Karnival Hari Keluarga Zon Selatan

Iklan
Mohamed Khaled  (tengah) membaling bola ketika menyertai Karnival Hari Keluarga Kita bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Selatan di Kluang, hari ini.

Mohamed Khaled  (tengah) membaling bola ketika menyertai Karnival Hari Keluarga Kita bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Selatan di Kluang, hari ini.

KLUANG - Lebih 2,600 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama ahli keluarga menghadiri Karnival Hari Keluarga ATM Zon Selatan yang berlangsung di X-Park di sini, pada Ahad.

Iklan
Iklan

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penganjuran program berkenaan menjadi platform strategik untuk mengukuhkan hubungan antara anggota tentera dan masyarakat dalam memperkasakan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH).

Jelas beliau, hubungan erat antara ATM dan masyarakat amat penting memandangkan cabaran keselamatan negara kini tidak lagi hanya melibatkan ancaman ketenteraan secara konvensional.

Iklan

“Program seperti ini kita mulakan sejak tahun lalu kerana kita mahu anggota terlibat dalam aktiviti yang berfaedah, menjaga kesihatan fizikal dan mental serta mengukuhkan kesiapsiagaan mereka sebagai anggota ATM.

Mohamed Khaled (kanan) ketika berucap pada Karnival Hari Keluarga ATM Zon Selatan yang berlangsung di X-Park di sini, pada Ahad.

Iklan

“Pada masa sama, kita mahu mewujudkan hubungan yang lebih rapat antara tentera dan masyarakat kerana usaha mempertahankan negara bukan hanya tanggungjawab Kementerian Pertahanan dan ATM semata-mata, tetapi memerlukan penyertaan seluruh rakyat,” katanya ketika berucap pada karnival berkenaan.

Turut hadir Ketua Staf Am Markas Panglima Medan Barat Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Norsham Md Tap; Panglima 7 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Zulhelmi Masdar dan Ketua Jurutera Markas Tentera Darat, Brigedier Jeneral Ts. Sharuddin Mohd Noh.

Menurut Mohamed Khaled lagi, penganjuran program di kawasan awam turut memberi peluang kepada masyarakat mengenali lebih dekat peranan ATM, sekali gus memperkukuh kerjasama awam-tentera selaras dengan pendekatan Whole of Government, Whole of Society (WoGoS).

Mohamed Khaled (dua dari kiri) menyerahkan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah sempena Karnival Hari Keluarga Kita bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Selatan di Kluang pada Ahad.

Katanya, program itu juga menyokong Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026-2030 menerusi Teras 3 yang memberi tumpuan kepada pelestarian kesejahteraan warga pertahanan serta Teras 4 yang memperkasakan kerjasama awam-tentera bagi menyokong konsep HANRUH.

"Apabila kita bercakap mengenai penyertaan rakyat dalam pertahanan negara, ia bukan bermaksud rakyat perlu mengangkat senjata.

“Sebaliknya, rakyat perlu menjadi mata dan telinga, memantau kawasan penting, memelihara perpaduan serta membantu memastikan kestabilan negara supaya ATM dapat memberi tumpuan kepada tanggungjawab utamanya,” katanya.

Pelbagai acara disediakan sepanjang karnival, termasuk futsal, badminton, galah panjang dan sepak bulu ayam yang membabitkan penyertaan anggota tentera, keluarga serta orang awam.