Isu kebumi jenazah: MAIS adakan pertemuan segera pihak terlibat

Iklan
Salehuddin menasihatkan semua pihak agar memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan secara telus dan adil.

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengarahkan pertemuan segera antara waris; pengurusan Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam; Badan Kebajikan Salatulrahim (BKS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi menyelesaikan isu dakwaan kelewatan pengebumian jenazah, baru-baru ini.

Pengerusi MAIS, Datuk Salehuddin Saidin berkata, langkah itu bagi mencapai penyelesaian terbaik untuk semua pihak yang terlibat selain memastikan insiden sama tidak berulang pada masa hadapan.

Iklan
Iklan

"MAIS memberi jaminan bahawa semua dapatan hasil siasatan pihak polis, sama ada daripada aspek jenayah, kecuaian atau salah faham komunikasi antara pihak yang terlibat akan diambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertikaian urusan jenazah: Masjid serah JAIS keluar kenyataan

Iklan

JAIS buat laporan polis, dakwa borang pengebumian jenazah dipalsukan

Polis terima tujuh laporan berkait isu pengurusan jenazah

Iklan

'Jika benar saya guna permit palsu, sila buktikan' - Bapa nafi semua dakwaan isu pengurusan jenazah anak

'Jangan hanya dengar sebelah pihak, dapatkan juga penjelasan daripada waris' - Datuk

Salehuddin berkata, MAIS mengambil maklum kenyataan media dikeluarkan Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad pada Sabtu lepas berhubung hasil siasatan awal berdasarkan maklumat daripada pihak pengurusan masjid mengenai insiden itu.

Beliau berkata, MAIS juga dimaklumkan bahawa pihak pengurusan masjid, waris yang terlibat dan BKS telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihatkan semua pihak agar memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan secara telus dan adil.

Pada masa sama, Salehuddin berkata, MAIS akan menilai pengurusan jenazah orang Islam yang sedang dilaksanakan oleh pihak pengurusan masjid dan mengenal pasti jika terdapat ruang penambahbaikan yang boleh diambil.

"Hal ini untuk memastikan pengurusan jenazah orang Islam dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan amanah, teratur dan cekap serta memenuhi tuntutan syarak,” katanya.

Beliau turut menasihatkan masyarakat Islam agar terus memperkukuh ukhuwah dan tidak menjadikan perbezaan pandangan dalam sesuatu perkara sebagai medan perpecahan dan kebencian. -  Bernama