Wira Kanada beri amaran kepada Belanda dan Maghribi

Iklan
Rembatan kencang minit akhir perlawanan Eustaquio berjaya menembusi gawang Afrika Selatan dan membawa Kanada ke pusingan 16 menerusi kemenangan 1-0. Foto: Agensi

PENJARING gol kemenangan Kanada, Stephen Eustaquio melaungkan keyakinan bahawa pasukannya mampu memberi tentangan sengit kepada Belanda atau Maghribi selepas melangkah ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 menerusi kemenangan dramatik ke atas Afrika Selatan.

Eustaquio yang muncul wira Kanada dengan jaringan pada masa kecederaan babak kedua berkata, mana-mana pasukan yang menjadi lawan mereka selepas ini bakal berdepan cabaran paling sukar sepanjang kejohanan.

Iklan
Iklan

"Kami akan memastikan Maghribi dan Belanda melihat corak permainan kami. Jika salah satu daripada mereka layak, mereka akan berdepan perlawanan paling sukar di Piala Dunia ini," katanya.

Pemain berusia 29 tahun itu meledak gol kemenangan menerusi rembatan menarik pada minit ke-90+2 yang mematahkan kebangkitan Afrika Selatan sekali gus menghadiahkan tiket ke pusingan 16 terbaik buat Kanada.

Iklan

Bagaimanapun, Eustaquio berkata kejayaan itu adalah hasil usaha seluruh pasukan yang tidak pernah berhenti percaya sehingga wisel penamat.

"Kami bekerja keras untuk meraih kemenangan ini. Kami benar-benar mahu menghadiahkan kemenangan ini kepada seluruh rakyat Kanada. Kami terus percaya dan terus berjuang," katanya.

Iklan

Mengulas jaringan kemenangan itu, pemain tengah berkenaan menyifatkannya sebagai hasil sumbangan setiap rakan sepasukan.

"Itu adalah gol yang cukup istimewa. Ketika saya melepaskan rembatan, saya merasakan seolah-olah semua orang turut menyepak bola itu bersama saya.

"Semua pemain menyumbang sedikit tenaga sehingga bola akhirnya menerjah gawang. Saya sangat gembira," katanya.