Budak 6 tahun tertusuk paku, kayu sepanjang satu meter melekat di tangan

Iklan
Operasi memotong kayu mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit sebelum mangsa diserahkan semula kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut. Foto JBPM

KUALA KRAI - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa mendapatkan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Krai selepas tangannya tertusuk paku yang masih melekat pada sebatang kayu sepanjang kira-kira satu meter sehingga menyukarkan rawatan dilakukan di Hospital Sultan Ismail Petra di sini pada Ahad.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bermain di sebuah rumah kebun sebelum paku yang terdapat pada kayu tangga tersebut tertusuk pada tapak tangan kanannya.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak hospital pada jam 12.27 tengah hari bagi membantu memotong kayu yang masih melekat pada tangan mangsa.

Menurut beliau, doktor yang merawat mangsa meminta bantuan bomba kerana kayu berkenaan terlalu panjang dan menyukarkan proses rawatan.

Iklan

"Berkemungkinan kayu itu tercabut ketika mangsa bermain sebelum paku berkenaan mengenai tangannya," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Doktor yang merawat mangsa meminta bantuan bomba kerana kayu berkenaan terlalu panjang dan menyukarkan proses rawatan. Foto JBPM

Iklan

Beliau berkata, seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) Scania dan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dikerahkan ke Unit Kecemasan HSIP Kuala Krai.

Menurutnya, anggota bomba kemudian menggunakan gergaji tangan untuk memotong bahagian kayu yang melekat pada tangan mangsa.

"Operasi berjalan lancar dan mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit sebelum mangsa diserahkan semula kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut," katanya.