Corak pengundi sudah beralih arah
Iklan
Manifesto dilihat sudah hilang pengaruh dalam menentukan sokongan pengundi. Gambar hiasan. Gambar kecil: Syahruddin
SHAH ALAM - Walaupun masih menjadi dokumen rasmi yang menggariskan hala tuju sesebuah parti, manifesto sudah hilang pengaruh dalam menentukan sokongan pengundi pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang sedang berlangsung kini.
Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr Syahruddin Awang Ahmad sebaliknya berkata, corak pengundi kini sudah beralih arah kepada kecenderungan menilai kemampuan parti dan calon menterjemahkan janji kepada satu pelaksanaan yang berkesan.