'Seolah-olah wujud kerjasama BN-PN' - DAP Johor

Iklan

JOHOR BAHRU - DAP Johor mendakwa wujud petanda yang menunjukkan terdapat kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke 16.

Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching berkata, ia susulan pendirian beberapa pemimpin PN yang menggesa penyokong mereka mengundi calon BN di kerusi yang tidak ditandingi gabungan itu.

Iklan
Iklan

Katanya, perkembangan selepas hari penamaan calon memperlihatkan PN tidak meletakkan calon di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus menimbulkan persoalan mengenai hubungan antara kedua-dua gabungan berkenaan.

"Sebelum ini Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah membangkitkan kemungkinan wujudnya kerjasama antara BN dan PN, namun dakwaan itu dinafikan oleh MCA.

Iklan

"Tetapi pagi ini kita nampak bahawa Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah membuat kenyataan secara terbuka bahawa mereka menyeru penyokong-penyokong mereka untuk undi BN di tempat yang tak ada calon PN bertanding," katanya.

Beliau berkata selepas lawatan ke Pusat Media PRN Johor di sebuah hotel di sini pada Ahad.

Iklan

Nie Ching yang juga Ketua Wanita DAP Malaysia berkata, pengundi perlu membuat keputusan secara bijaksana berdasarkan perkembangan terkini.

"Jadi saya rasa pengundi-pengundi di Johor perlulah menilai situasi terkini ini dan buat satu keputusan yang bijaksana.

"Ini kerana bagi saya, ia sangat jelas adalah satu undi untuk BN bermakna satu undi untuk PA.

"Jadi kita perlu elakkan satu situasi di mana barang kita pesan barang lain tapi barang lain yang sampai," katanya.