Moto3: Hakim Danish tamatkan perlumbaan di tempat ketujuh dalam GP Belanda

Iklan
Hakim Danish menamatkan saingan di tempat ketujuh saingan Grand Prix (GP) Belanda di Litar Assen pada Ahad. - FOTO: Facebook ZK Racing

KUALA LUMPUR - Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli atau Hakim Danish menamatkan saingan di tempat ketujuh saingan Grand Prix (GP) Belanda di Litar Assen pada Ahad. 

Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi yang bermula dari petak ke-16, mempamerkan tunggangan luar biasa untuk berada dalam kelompok pendahulu dan berada di kedudukan tiga terbaik sepanjang 25 pusingan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, berbaki lima pusingan Hakim Danish seakan bergelut dengan jenteranya hingga kehilangan momentum, sekali gus menyebabkan beliau dipintas beberapa pelumba sebelum menamatkan saingan di tempat ketujuh dengan 33 minit 51.276 saat (s).

Pelumba CFMOTO Gaviota Aspar Team Maximo Quiles mengungguli pusingan ke-10 dengan 33:51.801s diikuti David Almansa dari Liqui Moly Dynavolt Intact GP di tempat kedua (+0.513s) dan Marco Morelli juga dari CFMOTO Gaviota Aspar Team ketiga (+2.433s).

Iklan

Keputusan pada Ahad membolehkan pelumba berusia 18 tahun negara itu menambah sembilan mata untuk menghuni tangga keenam kedudukan Moto3 dengan keseluruhan 82 mata. - Bernama 

 

Iklan