'Jangan sentuh isu 3R' - Pemimpin, penyokong parti dinasihat berkempen secara berhemah

Iklan
Nie Ching (lima dari kiri) bersama sebahagian petugas media di Pusat Media PRN Johor di Hotel Seri Malaysia di Johor Bahru pada Ahad.

 

JOHOR BAHRU - Semua pihak termasuk ahli politik dan penyokong parti dinasihatkan supaya berkempen secara berhemah sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Iklan
Iklan

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, jangan sesekali menyentuh sebarang isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R).

"Kami sebagai pemimpin perlu selalu mengingatkan penyokong kami untuk tidak sentuh isu-isu 3R sepanjang kempen PRN johor yang baru sahaja memasuki hari kedua.

Iklan

"Jadi memang dulu sudah banyak laporan polis telah dibuat tetapi saya percaya bahawa kita warga Malaysia, kita bangsa Johor orang berbudi kita berbahasa. Jadi, sama-sama la kita jaga bahasa kita," katanya selepas lawatan ke Pusat Media PRN Johor di Hotel Seri Malaysia di sini pada Ahad.

Nie Ching berkata, pihaknya bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan sentiasa memantau kandungan di media sosial.

Iklan

Katanya, kandungan berkaitan kempen yang mempunyai unsur atau menyentuh isu 3R akan diturunkan.

"Pada masa sama, saya rasa Majlis Media Malaysia (MMM) juga telah wujudkan satu rintisan di mana kita panggil semak berita.

"Jadi saya rasa itu juga perlulah menjadi satu budaya warga Malaysia yang mana kita perlu selalu periksa fakta sebelum kongsikan sesuatu,"katanya.