Kalau terjadi hanya pentas final menemukan Messi-Ronaldo

Iklan
Satu-satunya peluang untuk menyaksikan pertemuan Messi-Ronaldo hanya di perlawanan akhir pada 20 Julai, sekiranya kedua-dua pasukan berjaya melepasi halangan masing-masing. Foto: Agensi

HARAPAN peminat bola sepak untuk menyaksikan pertembungan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo di Piala Dunia 2026 kini semakin sukar direalisasikan apabila Argentina dan Portugal berada di laluan berbeza dalam carta kalah mati.

Portugal dan Argentina mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya, namun keputusan peringkat kumpulan menyaksikan kedua-duanya tidak lagi berpeluang bertemu di suku akhir seperti yang diharapkan.

Iklan
Iklan

Portugal menamatkan saingan sebagai naib juara Kumpulan K selepas terikat tanpa jaringan dengan Colombia, manakala Argentina muncul juara Kumpulan J sekali gus meletakkan kedua-dua pasukan di sisi bertentangan carta kejohanan.

Situasi itu bermakna satu-satunya peluang untuk menyaksikan pertemuan dua legenda berkenaan hanyalah di perlawanan akhir pada 20 Julai, sekiranya kedua-dua pasukan berjaya melepasi halangan masing-masing.

Iklan

Laluan Portugal bermula menentang Croatia di pusingan 32 terbaik, sebelum berdepan cabaran lebih besar termasuk kemungkinan pertemuan dengan Sepanyol di pusingan 16 terbaik, diikuti laluan suku akhir dan separuh akhir yang berpotensi menemukan mereka dengan pasukan seperti Jerman, Belanda atau Perancis.

Argentina pula membuka kempen kalah mati menentang Cape Verde, sebelum dijangka berdepan Australia atau Mesir di pusingan seterusnya.

Iklan

Laluan mereka ke separuh akhir juga tidak kurang getir dengan potensi pertemuan menentang kuasa besar seperti Colombia, Switzerland atau Iran.