DEB dari sudut korporat
Iklan
Kerajaan pada zaman pemerintahan Dr Mahathir menggalakkan syarikat dan usahawan Malaysia melabur di luar negara dan pelaburan Petronas adalah contoh terbaik hasil 'reversed investment'.
PETRONAS dan syarikat-syarikat Malaysia yang kini berjaya di luar negara adalah hasil beberapa dasar zaman Dasar Ekonomi Baru (DEB), khususnya ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dari sudut keupayaan pula, dunia korporat tempatan menjadi lebih berdaya dan canggih melalui dasar pengambilan alih syarikat-syarikat asing melalui operasi pasaran.