Pertarungan sebenar masih tertumpu BN, PH
Iklan
Penyokong PH, BN dan PN berkumpul di luar pusat penamaan calon di Dewan Arena Segitiga, Kota Tinggi pada Sabtu. FOTO: Bernama
SHAH ALAM - Pertembungan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini masih berpusat kepada dua gabungan utama iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), meskipun menyaksikan penyertaan pelbagai parti serta calon Bebas.
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr Mashitah Mohd Udin berkata, realiti politik juga menunjukkan BN dan PH kekal sebagai dua blok paling dominan.