Tiada istilah 'rundingan gagal', Pas kekal dasar penyatuan parti Melayu Islam - Annuar

Iklan
Annuar menafikan rundingan bersama sebuah parti politik Melayu gagal, malah ia boleh dikatakan sangat berjaya.

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa menafikan rundingan bersama sebuah parti politik Melayu gagal, malah ia boleh dikatakan sangat berjaya.

Walaupun tidak dinyatakan kerjasama berkenaan tetapi ia dipercayai berkaitan dengaan dakwaan rundingan antara Pas dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Iklan
Iklan

Annuar berkata, bagaimanapun kesesuaian masa dan keadaan membuatkan Pas memilih cara sekarang.

Menurut beliau, rundingan antara parti boleh diteruskan namun masih belum ditentukan masa untuk ia diadakan.

Iklan

"Justeru tiada istilah 'rundingan gagal'. Satu perkara sangat penting iaitu membina keyakinan, apabila ada keterbatasan dari segi ketelusan dan ketulusan, maka masih ada wasangka yang belum terurai.

"Kenyataan berdolak dalik mesti dikurangkan. Sikap terlalu bersembunyi dan tidak berani bersikap terus terang menimbulkan kesulitan membina keyakinan," ujarnya menerusi laman Facebook.

Iklan

Tambah Annuar, pendekatan rundingan berpaksikan kerusi tidak sesuai namun perlu dicapai kesepakatan atas dasar perjuangan terlebih dahulu.

Jelasnya, pendekatan Muafakat Nasional (MN) 1.0 adalah terbaik, berterus terang dan terbuka.

"Kononnya rundingan hanya peringkat orang bawah juga tidak benar, untuk apa mahu bersembunyi. Ia gagal juga hanya 'half truth' dan boleh di teruskan kerana sesuatu yang wajib lakukan.

"Tak perlu kita takut. PRN Johor dalam bentuk hari ini mungkin ada hikmahnya kepada semua pihak, kita boleh melihat trend terkini mengundi dan darinya kita ambil iktibar.

"PRN Johor bukan permulaan dan tentunya ia bukan pengakhiran. Kekalkan dasar keterbukaan demi kebaikan dan masa depan," ujarnya.