JERTIH - Seorang lelaki meninggal dunia ketika mencandat sotong di perairan Besut di sini, awal pagi Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira 1.16 pagi itu, mangsa yang berusia 59 tahun berasal dari Jerangau, Dungun dilaporkan rebah secara tiba-tiba di atas bot.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, rakan-rakan mangsa cuba memberikan bantuan pernafasan kecemasan namun gagal.
Mohd Rozaime berkata, bedah siasat yang dijalankan di Hospital Besut mengesahkan punca kematian adalah akibat serangan jantung.
Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Bernama