BANDAR PERMAISURI - Orang ramai berpeluang menikmati hidangan Udang Celup Tepung Terpanjang sempena Karnival Pekan Budaya Daerah Setiu yang berjaya mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) di Laman Seri Rhu Sepuluh pada Sabtu.
Hidangan ikonik itu dijayakan menerusi gotong-royong 21 pengusaha kedai udang celup tepung terkenal dari sekitar Pantai Penarik dan Kampung Rhu Sepuluh yang menyusun hidangan di atas 547 buah meja.