'Kalau tidak terpilih jadi calon, jangan merajuk' - Presiden UMNO
Iklan
Ahmad Zahid (kiri) pada Majlis Pelancaran Gelombang Biru DUN Benut di Kampung Parit Ismail, Benut pada Sabtu.
PONTIAN – Pemimpin dan ahli parti di Johor perlu mengetepikan rasa kecewa atau 'merajuk' akibat tidak terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tumpuan penuh perlu diberikan kepada kekuatan jentera parti bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus menang, sekali gus mengekalkan Johor sebagai kubu kuat BN dan UMNO.
Iklan
Iklan
"Kita semua tahu bahawa tidak ada sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak. Saya menyerahkan sepenuhnya kepada Menteri Besar dan kepimpinan bahagian untuk membuat penentuan.
"Kalau ada yang merajuk kerana tidak terpilih, bersabarlah. Tunggulah masanya. Apabila tiba rezeki, rezeki tidak pernah salah alamat. Saya yakin pada satu ketika nanti peluang itu akan datang juga," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Gelombang Biru DUN Benut di Kampung Parit Ismail, Benut di sini, pada Sabtu.
Ahmad Zahid pada Majlis Pelancaran Gelombang Biru DUN Benut di Kampung Parit Ismail, Benut, pada Sabtu.
Iklan
Hadir sama, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan calon BN bagi DUN Benut, Datuk Mohd Sumali Reduan.
Timbalan Perdana Menteri itu turut mengingatkan kekuatan UMNO terletak pada prinsip kesetiaan semua ahli dan pemimpinnya.
"Syarat yang paling penting dalam UMNO ini ialah kesetiaan. Oleh sebab itu di Johor, kita akan terus bekerja keras dan menyantuni semua pihak.
"Kita akan mendekati semua pengundi di seluruh negeri Johor ini.
"Bagi saya, Johor adalah negeri yang sangat bertuah, kerana merupakan negeri yang berada di barisan hadapan dari segi pelaburan asing, pelaburan dalam negara, serta kutipan hasil negeri," katanya lagi.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.