Jualan Agro Madani di Perak catat jualan RM3.76 juta

Iklan
Mohd Zolkafly (dua dari kiri) merasmikan Program Jualan Agro Madani Mega @ Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak di Pentas Utama RTC Perak di sini pada Sabtu.

GOPENG – Program Jualan Agro Madani (JAM) yang dilaksanakan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di seluruh Perak sehingga 31 Mei lalu merekodkan nilai jualan RM3.76 juta.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, ia sekaligus membuktikan keberkesanannya dalam memperkasa pemasaran hasil agromakanan serta membantu rakyat mendapatkan bekalan makanan pada harga lebih berpatutan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, menjelang penghujung tahun ini, FAMA Perak menyasarkan pelaksanaan 421 Program Jualan Agro MADANI di seluruh negeri bagi memperluaskan manfaat kepada lebih ramai pengguna dan usahawan.

"Pejabat saya akan terus memberikan sokongan penuh terhadap penganjuran program-program seperti Jualan Agro Madani oleh FAMA.

Iklan

"Kerajaan negeri percaya inisiatif ini bukan sahaja membantu meringankan kos sara hidup rakyat, malah menjadi platform penting dalam memperkukuhkan rantaian pemasaran hasil pertanian, meningkatkan pendapatan usahawan serta merancakkan pembangunan ekonomi luar bandar," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jualan Agro Madani Mega @ Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak di Pentas Utama RTC Perak di sini pada Sabtu.

Iklan

Sementara itu, Mohd Zolkafly berkata, komitmen tersebut diteruskan menerusi penganjuran Program Jualan Agro Madani Mega @ RTC Perak yang berlangsung selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Jun di sini.

Katanya, program anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui FAMA dengan kerjasama jabatan serta agensi kerajaan negeri itu bertujuan memperkukuhkan agenda keterjaminan makanan di samping membantu rakyat berdepan kos sara hidup.

"Program kali ini disasarkan menarik kehadiran 50,000 pengunjung dengan sasaran nilai jualan RM750,000 serta penjimatan pengguna sebanyak RM225,000 sepanjang penganjurannya.

"Ia menghimpunkan 132 lot pameran dan jualan melibatkan 89 usahawan, dengan kira-kira 30 peratus daripadanya merupakan usahawan baharu," menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Antara tarikan utama ialah penawaran 5,000 unit Kombo Madani pada harga promosi RM10 berbanding harga asal RM20, sekali gus memberi penjimatan sehingga 50 peratus kepada pengguna.

Selain itu, pengunjung turut ditawarkan pelbagai hasil pertanian segar termasuk 20 tan metrik durian, lebih 15 tan metrik buah-buahan tempatan serta 450 unit Set Dulang Durian pada harga RM30.

Program berkenaan turut menampilkan 310 SKU produk Industri Makanan Asas Tani (IMAT), lebih 250 jenis menu di Empayar Makanan serta 140 jenis anak pokok dan produk florikultur.

TAMAT