[VIDEO] Onn Hafiz tekad pertahan Machap, Nur Hafiz yakin cipta kejutan

Iklan

KLUANG – Calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan akan berjuang habis-habisan bagi mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor meskipun berdepan saingan dua penjuru.

Onn Hafiz memeluk Hasni dan Hishammuddin selepas diumumkan sebagai calon DUN Machap di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam pada Sabtu dan Nur Hafiz (Kanan).

Iklan
Iklan

Menteri Besar Johor itu berkata, segala kemungkinan boleh berlaku dalam pilihan raya, justeru beliau bersama jentera BN tidak akan mengambil mudah cabaran yang dihadapi.

"Dalam keadaan pilihan raya ini, anything can happen. Jadi kita akan berjuang habis-habisan untuk mendapat undi daripada rakyat," katanya kepada selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam, pada Sabtu.

Iklan

Onn Hafiz turut bersalaman dengan bapa saudaranya yang juga Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohammad selepas diumumkan sebagai calon DUN Machap.

Onn Hafiz yang juga Pengerusi BN dan UMNO Johor itu menyifatkan proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu berjalan lancar di semua kawasan dan berharap kempen sepanjang dua minggu akan berlangsung dalam suasana harmoni.

Iklan

Beliau berkata, berdasarkan laporan yang diterima, proses penamaan calon di kesemua 56 kerusi DUN berlangsung dengan baik dan menyeru semua calon bertanding secara sihat, beradab serta tertib.

Sementara itu, pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH), Nur Hafiz, menyifatkan pertembungan dengan Menteri Besar Johor sebagai satu cabaran yang disambut dengan penuh keyakinan.

Beliau berkata, PH akan menawarkan manifesto serta pelbagai inisiatif khusus untuk pembangunan Machap dengan matlamat membawa perubahan kepada penduduk kawasan berkenaan.

Menurutnya, kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan mampu mempercepatkan pembangunan Johor sekiranya diberi mandat oleh rakyat.

Nur Hafiz turut menegaskan beliau memasuki gelanggang pilihan raya bukan sekadar untuk memberi saingan, sebaliknya dengan tekad untuk memenangi kerusi DUN Machap.