Iran balas serangan AS, sasar aset tentera di Asia Barat

Iklan
Serangan peluru berpandu Iran terhadap kepentingan tentera Amerika Syarikat di Bahrain dilaporkan memaksa Washington mempertimbangkan untuk memindahkan aset Tentera Laut Armada Kelima dari negara Teluk itu ke wilayah yang diduduki Israel, menurut laporan media. - Agensi

TEHERAN – Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mendakwa telah melancarkan serangan terhadap sasaran ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Asia Barat sebagai tindak balas terhadap serangan udara yang dilakukan Washington ke atas kawasan pesisir Iran.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, IRGC memaklumkan bahawa serangan balas itu menyasarkan lokasi penempatan aset tentera AS di rantau berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, tindakan tersebut diambil selepas tentera AS melancarkan serangan udara ke atas beberapa kawasan di sepanjang pantai Iran, yang disifatkan sebagai sebahagian daripada corak berterusan Washington melanggar komitmen yang dipersetujui.

IRGC turut mendakwa AS menggunakan pelbagai alasan bagi melaksanakan serangan itu, termasuk dakwaan mengenai laluan sebuah kapal yang didakwa tidak mematuhi peraturan ketika melalui Selat Hormuz.

Iklan

Sebelum ini, Pemerintah Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) mengesahkan pihaknya telah melancarkan serangan terhadap beberapa sasaran di Iran.

CENTCOM mendakwa operasi itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan dron pada Khamis ke atas kapal kargo berbendera Singapura, MV Ever Lovely, ketika kapal berkenaan meninggalkan Selat Hormuz melalui pesisir Oman.

Iklan

Bagaimanapun, Iran berulang kali menafikan sekeras-kerasnya sebarang penglibatan dalam serangan terhadap sasaran awam atau bukan ketenteraan.

Teheran turut memberi amaran kemungkinan wujud operasi 'bendera palsu' yang bertujuan mengaitkan republik itu dengan insiden berkenaan.

IRGC turut mendakwa AS cuba melanggar komitmennya di bawah memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara kedua-dua pihak baru-baru ini menerusi pelbagai tindakan provokasi.

"Kini mereka telah menerima tindak balas yang sewajarnya. Mana-mana pelanggaran selepas ini juga akan menerima respons yang sama," menurut kenyataan itu.

IRGC turut memberi amaran bahawa sekiranya serangan ke atas Iran berulang, tindak balas yang diberikan akan menjadi lebih meluas.

MoU tersebut dimeterai selepas Presiden AS, Donald Trump, mengumumkan gencatan senjata pada 7 April susulan pusingan terbaharu konflik melibatkan AS, Israel dan Iran.

Menurut Iran, Washington didakwa berulang kali melanggar perjanjian gencatan senjata itu, sekali gus mencetuskan siri serangan balas oleh Teheran setiap kali insiden berlaku.-Agensi