PRN Johor: Pertandingan 5 penjuru di Puteri Wangsa

Iklan
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa menyaksikan saingan lima penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa menyaksikan saingan lima penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.

Pertandingan itu membabitkan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang mewakili Pakatan Harapan (PH), calon muka baharu dari Barisan Nasional (BN), Teow Chia Ling dan Ketua Pegawai Pusat Khidmat DUN Puteri Wangsa, Rashifa Aljunied mewakili Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Iklan
Iklan

Turut bertanding, Nicholas Paul Vincent dari Parti Bersama Malaysia (Bersama) dan calon Bebas, Wang Wee Szong.

Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon DUN Puteri Wangsa, Zulkurnain Abdul Rahman membuat pengumuman tersebut selepas selesai proses penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Dato ' Onn, Tebrau.

Iklan

Terdapat seramai 128,723 pengundi berdaftar di DUN Puteri Wangsa dengan 128,525 orang daripadanya adalah pengundi biasa dan 198 pengundi terdiri daripada polis dan pasangan.

Pada PRN Johor 2022, kerusi DUN Puteri Wangsa merupakan satu-satunya kerusi yang dimenangi Muda menerusi calon mereka, Amira Aisya Abd Aziz yang merupakan Presiden Muda.

Iklan

Amira Aisya menang dalam persaingan enam penjuru di kerusi tersebut dengan majoriti 7,114 undi menewaskan pencabar daripada BN, Ng Yew Aik.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRN Johor manakala pengundian awal pada 7 Julai ini.