3 hari hilang selepas jatuh bot, nelayan ditemukan lemas

Iklan
Seorang nelayan yang dilaporkan hilang  ditemukan lemas berhampiran Pulau Betong pada Jumaat. 

GEORGE TOWN - Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bot di perairan berhampiran Pulau Kendi, Batu Maung dekat sini sejak Rabu lepas ditemukan lemas berhampiran Pulau Betong pada Jumaat. 

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, mayat ditemukan 2.30 petang sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Iklan
Iklan

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan sepenuhnya pada 7.15 malam selepas mangsa ditemukan oleh komuniti nelayan," katanya kepada Bernama malam tadi.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 8.53 pagi semalam dan mangsa dikenali sebagai Tang Chin Khoon, 51.

Iklan
Iklan

Mangsa ke laut bersama tekong dan dua lagi rakan untuk menangkap ikan kira-kira 6 petang pada Rabu dan ketika dalam perjalanan pulang kira-kira 10 malam, pengemudi bot menyedari mangsa sudah tiada di atas bot dan dipercayai telah terjatuh ke laut berhampiran Pulau Kendi.- Bernama