Isu pelarian Rohingya: PM arah KDN teliti dapatan mesyuarat

Iklan
Fahmi - Foto fail Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) meneliti beberapa dapatan daripada mesyuarat pelarasan antara pelbagai kementerian dan agensi berhubung isu pelarian Rohingya di dalam negara.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pendekatan tersebut penting bagi memastikan sebarang tindakan yang diambil benar -benar mencapai maksud.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siri perbincangan tersebut melibatkan beberapa agensi utama termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pejabat Menteri Besar Selangor serta Kementerian Luar Negeri.

Beliau berkata, mesyuarat berkenaan merupakan kesinambungan kepada sesi terdahulu yang telah diadakan dalam tempoh beberapa minggu lalu bagi merangka hala tuju dasar berkaitan pengurusan isu berkenaan.

Iklan

Katanya, hasil perbincangan tersebut telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum Perdana Menteri mengarahkan KDN melakukan semakan lanjut terhadap dapatan yang dikemukakan.

Fahmi turut menegaskan bahawa semua cadangan yang dibincangkan masih berada pada peringkat penelitian dan belum ada sebarang keputusan yang boleh diumumkan kepada umum ketika ini.

Iklan

“Perkara ini masih dalam perbincangan dan belum ada keputusan tertentu untuk diumumkan pada hari ini. Perbincangan itu akan diteruskan dalam masa terdekat,” jelas Menteri Komunikasi itu.