Padah baling bata, rosakkan kenderaan polis

Iklan
Gambar tular memaparkan sebuah kereta polis rosak akibat dibaling bata oleh suspek pada Rabu.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing yang dipercayai gelandangan ditahan selepas disyaki membaling seketul bata sehingga merosakkan sebuah kenderaan polis di hadapan sebuah hotel di Jalan Hang Lekiu di sini pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd Din berkata, suspek berusia lingkungan 40-an ditahan di lokasi kejadian dengan bantuan orang awam kira-kira jam 11.57 malam.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati suspek disyaki mengalami masalah kesihatan membaling objek dipercayai bata ke arah kenderaan milik polis sehingga menyebabkan kerosakan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Nuzulan berkata, suspek telah direman selama tiga hari bermula Khamis hingga Sabtu bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.