Maraton kepimpinan seorang Perdana Menteri
Iklan
Di sebalik semua urusan antarabangsa, jadual domestik Perdana Menteri tidak kurang padat. Foto Bernama
RAMAI yang kagum dengan stamina Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terus menggalas jadual kerja maraton merangkumi diplomasi, ekonomi, tenaga, pendidikan dan pelaburan, sambil pada masa yang sama berdepan gelombang politik domestik yang tidak pernah surut.
Dalam tempoh yang sangat singkat, Perdana Menteri bergerak dari satu medan ke satu medan. Lawatan ke Rusia minggu lalu, umpamanya, melibatkan jadual padat pertemuan dengan pimpinan negara ASEAN dan Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang disusuli pertemuan dua hala Malaysia-Rusia serta pertemuan empat mata antara kedua-dua pemimpin.