CodeBlue pendedahan kelabu
Iklan
Apabila institusi sendiri merakam lawatan budaya sebagai tugas rasmi, alasan ‘semua lawatan ini wajib’ runtuh di persada bukti. Foto123RF
PADA 11 Mac lalu dalam sidang akhbar khas berkait konflik di Asia Barat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan keputusan Kabinet mengehadkan lawatan luar negara, kecuali yang sudah dijadualkan dan wajib dihadiri.
Susulan pengumuman tersebut, pada hujung April, Kementerian Kewangan bertindak memperkukuhkan arahan dengan mengeluarkan pekeliling penjimatan merentasi seluruh kementerian termasuk badan berkanun.