Operasi SAR digerakkan kesan nelayan jatuh laut

Iklan
Maritim Pulau Pinang Pulau Pinang mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan mangsa yang masih belum ditemui.

GEORGE TOWN - Seorang nelayan tempatan dipercayai terjatuh ke laut ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan Pulau Betong, dekat sini, malam Rabu.

Susulan kejadian itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan mangsa yang masih belum ditemui.

Iklan
Iklan

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, pihaknya menerima maklumat awal berhubung kejadian tersebut menerusi aduan awam pada jam 10.15 malam.

Menurutnya, sebaik menerima maklumat lanjut mengenai insiden berkenaan, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi segera mengaktifkan operasi SAR.

Iklan

“Sehingga awal pagi ini, operasi dipertingkatkan dengan penglibatan dua aset kapal dan bot Maritim Malaysia serta mendapat kerjasama daripada Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, sektor pencarian kini diperluaskan sehingga meliputi kawasan seluas hampir 19 batu nautika persegi dengan tumpuan diberikan di lokasi terakhir mangsa dipercayai berada.

Iklan

Bagaimanapun, katanya, keadaan cuaca yang kurang baik di kawasan operasi menyukarkan usaha pencarian dan menyelamat.

“Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan operasi bagi mengesan mangsa dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.