JOHOR BAHRU - Parti Sosialis Malaysia (PSM) mempertaruhkan calon tunggal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan menamakan Amir Syafiq Ameer Soekre untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai.
Timbalan Pengerusi PSM, S Arutcelvan berkata, keputusan parti mengetengahkan calon tunggal pada PRN Johor bagi memberikan tumpuan di kawasan berpotensi memberi impak kepada perjuangan parti di samping mengambil kira kos pilihan raya yang tinggi.