JOHOR BAHRU - Kesemua 15 calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan mengisytiharkan penyata harta, pendapatan dan perbelanjaan secara Akuan Bersumpah (SD).
Bersama dalam kenyataan memaklumkan, calon juga akan menandatangani empat aku janji secara SD dan satu surat peletakan jawatan secara bersyarat termasuk aku janji bersetuju dengan bon penalti RM2 juta sekiranya melanggar perjanjian tidak lompat parti.