Penduduk gempar penemuan rangka manusia

Iklan
Penemuan rangka manusia di kawasan Taman Pertama 1, Lahad Datu.

LAHAD DATU - Penduduk di daerah ini gempar dengan penemuan rangka manusia di kawasan semak berhampiran parit dalam kejadian di Taman Pertama 1, di sini, pada Rabu.

Rangka tersebut ditemukan sekitar jam 10.45 pagi oleh orang awam sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau berkata, susulan laporan tersebut, sepasukan anggota dikejar ke lokasi untuk melakukan siasatan lanjut.

"Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Jimmy dalam pada itu menyeru mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini supaya tampil menghubungi pihak polis.

"Orang ramai boleh berhubung terus ke balai polis berhampiran atau terus hubungi Timbalan Ketua Balai Polis Lahad Datu, SM Ronney Lajius untuk membantu siasatan.

Iklan

"Dalam masa sama, jangan buat sebarang spekulasi di media sosial yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis," katanya.