[VIDEO] "Saya akan kekal istiqamah demi keadilan pendidikan buat anak-anak' - Haim Hilman

Iklan

SEREMBAN - Meskipun berdepan pertuduhan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Dr Haim Hilman Abdullah tetap bertekad untuk terus memperjuangkan hak anak-anak mendapatkan akses kepada pendidikan tinggi secara lebih adil.

Menurut beliau, isu tersebut perlu terus dibongkar oleh semua pihak bagi mengembalikan hak khususunya anak-anak dari keluarga kurang berkemampuan untuk mendapat peluang pendidikan.

Iklan
Iklan

"Saya akan kekal istiqamah untuk memperjuangkan perkara ini demi keadilan pendidikan buat anak-anak dan semua rakyat negara ini.

"InsyaALLAH perjuangan ini tidak akan berhenti di sini. Bersama kita dalam usaha mengembalikan hak anak- anak kita untuk mendapatkan pendidikan dan akses universiti yang adil berdasarkan merit," katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Seremban di sini pada Khamis.

Iklan

Haim Hilman dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan dengan niat menyebabkan kebimbangan kepada awam berkenaan isu kemasukan IPTA.

Terdahulu, Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan dengan niat menyebabkan kebimbangan kepada awam berkenaan isu kemasukan IPTA.

Iklan

Kesalahan berkenaan dilakukan pada 13 Jun 2026 di antara jam 8 malam hingga 12 tengah malam di Markas Pas Seremban di sini.

Berikutan itu, OKS telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan [AKta 574), sabit kesalahan, boleh dihukum penjara yang boleh sampai dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosli.