'Puad mungkin kecewa anak gagal jadi calon BN di PRN Johor'- Ahmad Maslan
Iklan
Puad Zarkashi, Ahmad Maslan
JOHOR BAHRU - Dakwaan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor menjadi 'pak turut' dan 'boneka' dipercayai berpunca daripada kekecewaannya apabila hasrat supaya anak beliau dicalonkan mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit tidak dipenuhi.
Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis sebagai respons terhadap kenyataan Puad yang mengumumkan keluar daripada UMNO dan mengkritik kepimpinan parti di negeri itu.
Iklan
Iklan
Ahmad Maslan berkata, beliau sukar memahami secara rasional tindakan Puad menyalahkan pihak lain berhubung keputusan meninggalkan UMNO.
ARTIKEL BERKAITAN: Puad Zarkashi dakwa UMNO Johor jadi pak turut, boneka
Iklan
Dakwaan Puad tidak benar, tiada arahan Istana bubar DUN Johor - Onn Hafiz
"Saya tahu beliau mungkin berasa kecewa kerana kehendaknya agar anak beliau menjadi calon BN mengganti beliau di DUN Rengit, Batu Pahat tidak dapat dipenuhi.
Iklan
"Beberapa pihak yang tahu cerita sebenar telah memaklumkan kepada saya tentang hal ini dan tidak ada sebab pihak itu ingin mereka-reka cerita," katanya.
Katanya, beliau dimaklumkan anak Puad yang kini berusia 29 tahun hanya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda UMNO Bahagian Batu Pahat pada tahun lalu dan bukannya dipilih menerusi pertandingan.
"Saya bersetuju golongan muda perlu diberi peluang dalam parti, namun peluang itu tidak semestinya diberikan kepada anak Puad.
"Politik ini satu pertandingan maraton sejauh 42.2 kilometer, bukan secepat larian 100 meter," katanya.
Beliau turut mendoakan agar anak Puad terus tabah dan setia berjuang dalam UMNO serta mencuba bertanding jawatan lebih tinggi dalam parti sebelum dipertimbangkan sebagai calon pada masa depan.
Dalam hantaran sama, Ahmad Maslan turut mendakwa tindakan Puad bukan kali pertama dilakukan menjelang pilihan raya.
"Puad, ramai tahu ini bukan kali pertama saudara berbuat sesuatu yang pelik sebelum pilihan raya.
"Apa pun, selamat berjuang, namun berjuanglah dengan tertib Bangsa Johor.
"Saya mohon maaf terpaksa bercerita hal ini agar Bangsa Johor faham cerita sebenar," katanya.
Terdahulu, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi mengumumkan tindakan keluar daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta hari ini, sekali gus menamatkan keahliannya dalam parti itu yang disertainya sekian lama.
Dalam kenyataan terbuka di laman Facebooknya pada pagi Khamis, beliau menyatakan keputusan tersebut dibuat tanpa sebarang paksaan atau pertimbangan berat, sebaliknya sebagai pendirian peribadi yang telah diputuskan.
Jelas beliau, alasan utamanya keluar parti itu ialah adalah disebabkan UMNO Johor tidak lagi bebas membuat keputusan selain memdakwa UMNO Johor dikawal dalam membuat keputusan.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.