Puad Zarkashi umum keluar UMNO

Iklan
Puad Zarkashi mengumumkan tindakan keluar daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta hari ini.

PUTRAJAYA – Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi mengumumkan tindakan keluar daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta hari ini, sekali gus menamatkan keahliannya dalam parti itu yang disertainya sekian lama.

Dalam kenyataan terbuka di laman Facebooknya pada pagi Khamis, beliau menyatakan keputusan tersebut dibuat tanpa sebarang paksaan atau pertimbangan berat, sebaliknya sebagai pendirian peribadi yang telah diputuskan.

Iklan
Iklan

Menurut Puad, langkah itu juga bertujuan membolehkan beliau menyuarakan pandangan secara lebih bebas terhadap parti berkenaan tanpa terikat dengan disiplin atau tafsiran sebagai menyerang dari dalam.

"Ia juga memudahkan saya berbeza pandangan tanpa dituduh menikam parti dari belakang. Kini saya bebas mengkritik UMNO satu wadah yang saya sayangi dan hormati untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia," jelas beliau.

Iklan

Puad turut menolak tuduhan beliau mengambil keputusan itu atas kepentingan diri sendiri.

"Buat apa saya keluar ketika UMNO dilihat kuat sehingga mahu berlawan solo di 56 kerusi. Saya tinggalkan UMNO di saat KJ (Khairy Jamaluddin), Datuk Seri Hishamuddin, Tun Hussien, Tan Sri Noh Omar kembali masuk UMNO bila melihat parti tambah kuat. 

Iklan

"Maka siapa yang ada kepentingan. Mereka atau saya?" soal bekas Timbalan Menteri Pelajaran itu.