Gempa bumi 6.9 magnitud landa Iwate, Jepun

Iklan
Gempa bumi dengan magnitud awal 6.9 melanda Wilayah Iwate di timur laut Jepun pada Khamis. Foto: NHK World Japan

TOKYO - Gempa bumi dengan magnitud awal 6.9 melanda Wilayah Iwate di timur laut Jepun pada Khamis, menurut agensi cuaca negara itu, lapor Xinhua.

Gegaran itu berlaku pada 7.30 pagi waktu tempatan di luar pantai timur Iwate pada kedalaman kira-kira 50 kilometer, berukuran 6 atas pada skala seismik Jepun 7 di Bandar Hashikami di Wilayah Aomori, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Iklan
Iklan

Gegaran jelas dirasai di Tokyo. Pusat gempa terletak pada latitud 40.2 darjah utara dan longitud 142.3 darjah timur.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan. - Bernama-Xinhua

Iklan
Iklan