Korea Selatan elak main selamat, seri bukan pilihan

Iklan
Son Heung-min (dua dari kiri) mengetuai sesi latihan Korea Selatan di Monterrey sebagai persiapan berdepan Afrika Selatan. Foto: Agensi

KETUA jurulatih Korea Selatan, Hong Myung-bo menegaskan pasukannya tidak akan bermain untuk keputusan seri apabila menentang Afrika Selatan dalam aksi terakhir Kumpulan H Piala Dunia di Stadium Monterrey, hari ini (9 pagi waktu Malaysia).

Perlawanan itu menjadi penentu nasib kedua-dua pasukan untuk mara ke pusingan 32 terbaik, dengan Korea Selatan berada dalam kedudukan lebih baik selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Republik Czech.

Iklan
Iklan

Afrika Selatan pula mengutip satu mata hasil pertemuan dengan pasukan sama, sekali gus menjadikan aksi tersebut sebagai perlawanan wajib menang bagi mereka.

Walaupun keputusan seri sudah memadai untuk Korea Selatan mengesahkan kemaraan, Myung-bo menolak pendekatan selamat itu.

Iklan

“Jika kami berfikir keputusan seri sudah mencukupi, saya percaya kami akan berdepan kesukaran.

“Lawan kami sukar dijangka, jadi kami perlu turun dengan mentaliti untuk menang,” katanya.

Iklan

Son Heung-min (kanan) dan rakam sepasukan menjalani sesi latihan di Monterrey sebagai persiapan menentang Afrika Selatan. Foto: Agensi

Myong-bo turut mengesahkan beberapa perubahan akan dilakukan dalam kesebelasan utama selepas kekalahan kepada Mexico, namun menegaskan pasukan kini berada dalam keadaan lebih baik dari segi fizikal dan mental.

“Memang suasana sedikit terjejas selepas keputusan tidak memihak kepada kami, tetapi kami sudah pulih dan bersedia seperti biasa,” katanya.

Dalam perkembangan kumpulan, Mexico sudah mengesahkan tempat ke pusingan 32 terbaik dan dijangka menamatkan saingan sebagai juara kumpulan.

Korea Selatan akan mara sebagai naib juara jika tidak tewas kepada Afrika Selatan, manakala kemenangan akan memastikan slot automatik buat Bafana Bafana.

Republik Czech pula perlu mencatat kemenangan untuk terus menghidupkan peluang ke peringkat seterusnya.

Jika Korea Selatan dan Afrika Selatan sama-sama menang, penentuan tempat kedua akan ditentukan menerusi perbezaan jaringan, manakala Korea Selatan berdepan risiko tersingkir.