Papagomo dihalang terbit kandungan didakwa fitnah MCMC

Iklan
Wan Muhammad Azri

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini mengeluarkan perintah injunksi interim ex-parte iaitu halangan sementara sebelah pihak terhadap blogger kontroversi Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Berdasarkan kenyataan media, Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia berhubung satu tindakan sivil yang dimulakan oleh suruhanjaya tersebut.

Iklan
Iklan

Menerusi perintah itu katanya, mahkamah telah menghalang Wan Muhammad Azri daripada menerbitkan sebarang pernyataan berunsur fitnah terhadap MCMC, menghentikan serta-merta penerbitan dan penyebaran kandungan memudaratkan dalam talian melalui media sosial.

“Individu itu tidak boleh menggunakan mana-mana platform media sosial untuk menyebarkan kandungan palsu, mengelirukan atau memudaratkan, sama ada melalui akaun sedia ada atau akaun baharu.

Iklan

“Perintah injunksi interim ini akan terus berkuat kuasa sehingga pendengaran inter partes atau arahan lanjut oleh mahkamah,” katanya.

MCMC berkata, tindakan ini susulan notis tuntutan yang telah dikeluarkan terhadap Wan Muhammad Azri pada 9 April, berhubung penerbitan kandungan dakwaan palsu yang menuduh suruhanjaya ini menyekat laporan berita sebuah portal berita.

Iklan

Katanya, perintah injunksi interim dan tindakan sivil ini dibuat berdasarkan undang-undang sedia ada yang memberi fokus kepada kandungan dalam talian yang boleh menjejaskan kepentingan awam, menggugat keharmonian masyarakat serta menghakis keyakinan terhadap institusi awam.

Pada 9 April lalu, MCMC memberitahu mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Wan Muhammad Azri susulan dakwaan palsu bahawa suruhanjaya itu menyekat laporan mahkamahnya melibatkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.