DPP arah perincikan siasatan kes penghantar barang disyaki curi RM10,000

Iklan
Seorang penghantar barang dipercayai mencuri wang tunai daripada dompet yang ditemukan di sebuah pasar raya di Semenyih, dibebaskan dengan jaminan polis.

SHAH ALAM - Polis masih melengkapkan siasatan kes seorang penghantar barang dipercayai mencuri wang tunai RM10,000 daripada dompet yang ditemukan di sebuah pasar raya di Semenyih, selepas Timbalan Pendakwa Raya (DPP) mengarahkan beberapa aspek siasatan diperincikan sebelum tindakan lanjut diambil.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kertas siasatan kes itu telah dirujuk kepada DPP yang kemudiannya mengarahkan beberapa maklumat tambahan diperoleh serta beberapa aspek siasatan diperjelaskan sebelum tindakan lanjut diambil.

Iklan
Iklan

"Siasatan kes berkenaan masih belum selesai sepenuhnya.

“Suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara kita melengkapkan siasatan dan mengemukakan semula kertas siasatan kepada DPP,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Rabu.

Iklan

Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada wang tunai RM10,000 itu telah berjaya ditemui semula kerana perkara tersebut masih menjadi sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan.

“Terdapat beberapa dakwaan yang dibuat oleh suspek dan ia antara perkara yang perlu disahkan serta diperjelaskan oleh pegawai penyiasat.

Iklan

Sebelum ini, lelaki berusia 37 tahun direman selama empat hari sebelum tempoh remannya dilanjutkan sehingga 23 Jun bagi membantu siasatan.

Dia kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu kertas siasatan dilengkapkan.

Kes itu dipercayai berlaku kira-kira jam 3 petang di sebuah pasar raya apabila sebuah dompet yang mengandungi wang tunai RM10,000 dilaporkan tercicir.

Polis menahan suspek tidak lama selepas menerima laporan berhubung kejadian itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.