Agong terima menghadap Ketua Hakim Negara, Panglima Tentera Darat

Iklan
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Tun Wan Ahmad Farid di Istana Negara. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Rabu berkenan menerima menghadap Ketua Hakim Negara, Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara di sini.

Iklan
Iklan

Pada 1 Jun lepas, Wan Ahmad Farid dianugerahkan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’ bersempena dengan Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara.

Wan Ahmad Farid, 63, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 pada 28 Julai tahun lepas.

Iklan

Dalam hantaran berasingan, Sultan Ibrahim turut berkenan menerima menghadap Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman. - Bernama

 

Iklan